Tujuan penubuhan Gagasan Badan Ekonomi Melayu

GABEM ditubuhkan sebagai satu langkah parti pemerintah di bawah Agenda Melayu untuk mencapai hasrat Kerajaan meningkat dan menambah lebih ramai lagi bilangan usahawan Bumiputera di bawah dasar Masyarakat Pedagangan dan Perindustrian Bumiputera Generasi Baru agar kekayaan negara dapat dijana dan dinikmati secara adil dan saksama oleh semua kaum di negara ini. GABEM bekerjasama rapat dengan Kerajaan, syarikat GLC, ahli politik, pemimpin-pemimpin Badan-badan Ekonomi Melayu, dan profesional dan para akademia Melayu untuk memajukan ekonomi bangsa.

Perdana Menteri telah bersetuju supaya GABEM menumpukan kepada 5 Teras Peranan Utama berikut:

  1. Meningkatkan pemuafakatan Badan-badan Ekonomi Melayu
  2. Meningkatkan kepimpinan Badan-badan Ekonomi Melayu dari segi profesional, dinasmisme dan patriotisme
  3. Mencegah ketirisan dalam ekonomi Melayu
  4. Jihad ekonomi melalui penghijrahan minda berasaskan pembangunan modal insan
  5. Memapankan MPPB Generasi Baru melalui konsolidasi kluster ekonomi.